MOHD HAZRUL BIN HASHIM

No 21 Taman Seriab 01000 Kangar Perlis
Tel : 017-5070667 / 017-4427599 Emel : hazrul87@gmail.com

Thursday, December 17, 2015

Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM

Syarat Mendaftarkan Perniagaan / Syarikat - Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM

PENGENALAN 

   

Daftar syraikat perniagaan bisnes SSM


• SSM merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam 
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);

• Akta SSM 2001 (Akta 614) berikutan penggabungan Pejabat Pendaftaran Syarikat dan Pejabat Pendaftaran Perniagaan; 

• Perniagaan (Pemilikan Tunggal & Perkongsian) melebihi: 4 juta didaftarkan. 

• Syarikat: melebihi 892,913 syarikat dipemerbadankan.

JENIS-JENIS ENTITI PERNIAGAAN DI MALAYSIA 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3vm7zAK7ssX9hFmKPAC5OvJjWxnKGN3NjYXb0in4PCmSIkL2Wiy614km-cX4Wy1AMjJckyuDnHJhPJ4Gir2kbAQOKM7Kw_wJNYfG54WZGysWE8OCaAxM7WAO8RIE82WUYTMdt0t9YzLE/s640/ssm2.jpg


PERNIAGAAN 
‘Business’ 

1. PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL 
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik sahaja. 
Contoh: Kedai runcit, kedai dobi, kedai jahit dan lain-lain perniagaan kecil. 

2. PERNIAGAAN PERKONGSIAN 
Perniagaan ini dimiliki oleh 2 orang atau tidak lebih dari 20 orang rakan kongsi. (2 – 20 
rakan kongsi). 

TAKRIF PERNIAGAAN
S.2 APP 1956 
mentakrifkan PERNIAGAAN sebagai… “setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesyen atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan” 


KEPERLUAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN
S.5(1) APP 1956 
• Orang yang bertanggungjawab terhadap perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan beliau dalam tempoh tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan itu. 

SEBAB-SEBAB PERNIAGAAN PERLU DIDAFTARKAN

1) DIPERAKUI SAH KEWUJUDANNYA MENURUT UNDANG UNDANG 

• Pemilik perniagaan akan menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan dari Pendaftar Perniagaan SSM. 
• Ianya sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undangundang. 
• Tanpa pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas peniaga / pemilik perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 
• S.5F(1) “Sijil pendaftaran yang mempunyai nombor pendaftaran, dan membawa nama pemohon atau nama perniagaan, yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Pendaftar hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa kesemua keperluan-keperluan duluan ini berkenaan dengan pendaftaran dan perkara-perkara duluan dan 
sampingan kepada pendaftaran itu telah pun dipatuhi, dan perniagaan yang dirujuk dalam sijil itu telah didaftarkan di bawah Akta ini”. 


2) DAFTAR PERNIAGAAN SEBAGAI BUKTI KETERANGAN 

• Segala MAKLUMAT berkaitan dengan perniagaan seperti nama perniagaan, sifat perniagaan, tarikh permulaan perniagaan, alamat dan tempat perniagaan, berkenaan pemilik (milikan tunggal/ perkongsian) iaitu nama penuh, jawatan dan tarikh kemasukan dalam perniagaan akan direkodkan dalam daftar. 
• Maklumat ini adalah benar juga boleh dijadikan sebagai bukti bertulis. 
• Seksyen 6(1) “Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata kemudian dari ini, jika dan selagi seseorang itu direkodkan di dalam mana-mana daftar sebagai seorang sekutuniaga, adalah menjadi keterangan terhadapnya atau seseorang yang menuntut melalui atau dibawahnya bahawa dia adalah seorang sekutuniaga melainkan dibuktikan bahawa orang itu bukanlah pada bila-bila masa yang matan seorang sekutuniaga kerana kesilapan bona fide, atau tanpa diketahuinya dan dengan cara memfraudkannya”.


3)HAK SEBAGAI PEMILIK 

• Sekiranya pemilik/salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, dan pada masa kematiannya telah direkodkan dalam daftar sebagai salah seorang ahli kongsi; maka pewaris, pentadbir/ mana-mana individu yang berhak terhadap harta pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu 
yang meninggal dunia. 
• Sekiranya perniagaan tidak didaftarkan, maka butir-butir yang berkaitan tidak direkod, oleh itu perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melalui guaman atau prosiding undang-undang lain. 


4) MEMBANTU AGENSI/JABATAN KERAJAAN LAIN MELAKSANAKAN FUNGSINYA 

• Maklumat yang disimpan oleh SSM dapat membantu agensi penguatkuasaan lain menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan yang didaftarkan. Contoh, LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak Berkuasa Tempatan dll. di bawah bidang kuasa masing masing. 


5) AKSES MAKLUMAT OLEH PIHAK AWAM 

• Membolehkan orang awam/mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas sesuatu perniagaan menyemak dan mendapatkan maklumat perniagaan tersebut. 
• Maklumat yang diperolehi boleh membantu mereka membuat keputusan perniagaan yang betul, membuka peluang perniagaan baru dan memperluaskan pasaran perniagaan. 
• Orang awam boleh mendapatkan salinan maklumat di mana-mana pejabat SSM dengan membayar harga yang telah ditetapkan. 


6) MELINDUNGI HAK PENGGUNA 

• Hak pengguna terhadap barang-barang dan perkhidmatan akan lebih terjamin dan dapat dilindungi. 
• Sekiranya terdapat sebarang kes penipuan atau penganiayaan, pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dan juga SSM. 


7) MEMBANTU PERANCANGAN DASAR NEGARA 

• Membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan Perancangan Dasar Negara. 
• Rekod-rekod yang disimpan dan dikemaskini di SSM boleh dijana untuk mendapatkan maklumat / statistik 
perniagaan. 
• Ianya boleh dianalisa bagi menyediakan pelbagai laporan yang dapat membantu agensi/badan kerajaan 
membuat perancangan bagi membangun sektor ekonomi negara.

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN 
• 
Proses Carian Nama (Borang PNA 42) 

Hanya pemilik atau rakan niaga dibenarkan
   membuat carian nama. Agen tidak
dibenarkan. 
Tiada bayaran dikenakan ke atas 

permohonan ini. 

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN (BARU)

 Lengkapkan Borang A bagi perniagaan baru
• Bayaran Pendaftaran :
   - RM30 > Perniagaan Tunggal yang menggunakan nama mengikut Kad Pengenalan
   - RM60 > Perniagaan yang menggunakan trade mark cth Suria Enterprise
• Hanya pemilik atau rakan niaga dibenarkan berurusan di kaunter pendaftaran



PERUBAHAN DALAM BUTIR_BUTIR PERNIAGAAN 


• 
Bayaran pendaftaran – RM20.00 bagi setiap 

pendaftaran perubahan. 
Hanya lengkapkan Borang ‘B’ bagi setiap 

perubahan. 
Hanya pemilik dan rakan niaga sahaja 

dibenarkan berurusan di kaunter pendaftaran. 
Agen tidak dibenarkan samasekali. 

• S.5B(1) -Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam butir-butir yang telah didaftarkan, orang     yang bertanggungjawab hendaklah dalam masa 30 hari mengemukakan kepada Pendaftar, butir- butir perubahan dalam borang yang ditetapkan. 
• Borang B1 -Penukaran Alamat Perniagaan 
• Borang B2 -Penukaran Jenis Perniagaan 
• Borang B3 -Penukaran Cawangan 
• Borang B4 -Penukaran Maklumat Pemilik / Rakan Kongsi 

PENAMATAN PERNIAGAAN

- Sesuatu PENDAFTARAN PERNIAGAAN
boleh diTAMATKAN dengan memberi 

 NOTIS     kepada Pendaftar melalui Borang
‘C’. 
- Tiada bayaran dikenakan. 

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DIBAWAH AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1965
(a)
Menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkannya; 
(b)
Menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh 

sijil pendaftaran; 
(c)
Gagal mematuhi mana-mana saman atau 

kehendak Pendaftar di bawah sek.10; 
(d)
Memberi keterangan palsu dan 
(e) 

Menghalang pegawai Suruhanjaya menjalankan 

tugas. 


SYARIKAT ‘Company’ 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwupYD14wej1FBAj8g2hdUfKHDeBjuXkpOexQOiXNN0FLFDC6nwFELstgGnZYLu0TGL66WgWwkAfr4pZ-9yxHINxEYVGjcOl83StlSr3KQ7FzTWGeIQgGp8BcBIJLXzuZKVoOC8B9YYx0/s320/ssm4.jpg
APA ITU SYARIKAT BERDAFTAR
Ciri utama – mendaftarkan dokumen 

tertentu dengan Pendaftar Syarikat; 
Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 

1965; 
Mempunyai entiti undang-undang (legal 

entity) yang berasingan / terpisah dari 

ahli-ahlinya 



KEPERLUAN ASAS BAGI MEMPERBADANKAN 

SYARIKAT TEMPATAN 


 
S.14 Akta Syarikat 1965 -2 orang 


pengasas; 
• 
S.122 Akta Syarikat 1965 2 orang pengarah 


setiap masa yang bermastautin di Malaysia; 
• 
S.139 AS 1965 -sekurang-kurangnya 


seorang setiausaha. 





SYARIKAT PERSENDIRIAN
Menggunakan perkataan “SENDIRIAN BERHAD”
atau ringkasannya “Sdn. Bhd” dihujung namanya. 
Syarat-Syarat Menurut S.15(1) Akta Syarikat: 
Tidak melebihi 50 orang ahli (tidak termasuk 

pekerja dan bekas pekerja syarikat). 
Pindah milik syer adalah dihadkan. 
Pelawaan kepada orang ramai untuk memohon 

beli syer adalah dilarang. 
Pelawaan kepada orang ramai untuk 

mendepositkan wang dengan syarikat adalah 

dilarang. 

SYARIKAT AWAM
• Menggunakan perkataan “BERHAD” atau ringkasan “Bhd” sahaja dihujung namanya. 
• Larangan-larangan S.15(1) Akta Syarikat 1965 tidak terpakai. 
• Pengarah-pengarah tidak boleh berumur 70 tahun ke atas, kecuali dengan resolusi khas ahli-ahli syarikat. 
• Boleh disenaraikan di bursa saham. 
• Perlu mendapat sijil memulakan perniagaan (sijil Borang 23), jika ditubuhkan sebagai syarikat awam. 
• Perlu mengadakan mesyuarat berkanun dan menyerah simpan laporan berkanun. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVziW3J76qaveBP59jKoSFs533Q7KrRzeq6oehyphenhyphenbggjTArJnYdmsdUyrl9M2yQymfeJqseKC3w1-GJM9TcsqpUr7uxCxFFsG1r9rp-MK4BIDraA10PV-0L3mrgaC3smko-z80CQsao8-8/s320/ssm3.jpg


SYARIKAT BERHAD MENURUT SYER

“TANGGUNGAN AHLI apabila
syarikat digulungkan adalah 

setakat SAHAM yang belum 
berbayar sahaja”. 


SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

“TANGGUNGAN AHLI apabila syarikat digulungkan adalah setakat JAMINAN yang telah 
dipersetujui oleh ahli sahaja”. 


SYARIKAT TIDAK BERHAD 

“TANGGUNGAN AHLI terhadap hutang syarikat adalah tidak terhad dan akan bertanggungan 
secara keseluruhan ke atas segala hutang syarikat”. 



PROSES PEMERBADANAN SYARIKAT PROSES PEMERBADANAN SYARIKAT 
1. Permohonan Carian Nama Syarikat- Borang 13A: 
• Bayaran RM30.00 
• Keputusan: 
• Lulus/Kueri/Tolak dikeluarkan dalam masa 1 hari bekerja. 
• Nama yang lulus disimpan selama 3 bulan. 

2. Failkan dokumen penubuhan-s.16 AS 1965: 
• Borang 6 - setiausaha 
• Borang 48A - pengarah 
• Memorandum & Artikel 
• Bayaran pendaftaran

BAYARAN PENDAFTARAN (JADUAL KEDUA) BAYARAN PENDAFTARAN (JADUAL KEDUA) 
Borang 13A - RM30.00 
Pendaftaran syarikat mengikut modal : 
• Modal sehingga 100,000                 -RM 1,000 
• Modal >100,000 - 500,000            -RM 3,000
• Modal >500,000 - 1 juta                 -RM 5,000 
• Modal >5 juta - 10 juta                   -RM 8,000
• Modal >10 juta - 25 juta                 -RM 10,000 
• Modal >25 juta - 50 juta                 -RM 20,000
• Modal >25 juta - 50 juta                 -RM 40,000 
• Modal >50 juta - RM 100 juta        -RM 50,000
• Modal >100 juta                             -RM 70,000 

PERAKUAN PEMERBADANAN PERAKUAN PEMERBADANAN 
• Jika kesemua kehendak pendaftaran untuk pemerbadanan syarikat telah dipatuhi, perakuan pemerbadanan syarikat akan dikeluarkan: 
• Borang 9 Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian 
• Borang 8 Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat Awam. 


PERBEZAAN DI ANTARA PERNIAGAAN & SYARIKAT 

-KEAHLIAN 
-HAK MEMILIKI HARTA 
-ENTITI DI SISI UNDANG-UNDANG 
-JANGKA HAYAT 
-PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN 

SETIAUSAHA SYARIKAT
Setiap syarikat mesti mempunyai seorang atau 

lebih setiausaha syarikat yang terdiri dari orang 
perseorangan yang cukup umur. 
Tiada sesiapa yang boleh bertindak sebagai 

setiausaha syarikat kepada sesebuah syarikat 
melainkan: 
(a) Dia adalah ahli
kepada badan profesional 

yang diiktiraf oleh Menteri – S.139A Akta 
Syarikat 1965 
(b) Dia telah dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat
– S.139B Akta Syarikat 1965 




PENGGULUNGAN ialah satu proses di mana 

jangka hayat sesebuah syarikat ditamatkan. 

Matlamat penggulungan ialah untuk: 
Mengumpul dan menilai aset syarikat;

dan 
Hasil kutipan akan digunakan untuk 

membayar hutang kreditor mengikut 

senarai keutamaan. 








JENIS-JENIS PENGGULUNGAN
.Seksyen 211 – PENGGULUNGAN PAKSA melalui perintah mahkamah. 
.Seksyen 211 – PENGGULUNGAN SECARA SUKARELA oleh ahli-ahli. 
.Seksyen 308 – PEMBATALAN NAMA SYARIKAT oleh Pendaftar Syarikat.

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DIBAWAH AKTA SYARIKAT 1965
.TIDAK mengadakan/lewat mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan – S. 143(1) 
.TIDAK membentang Penyata Kewangan – S. 169(1) 
.TIDAK serahsimpan Penyata Tahunan – S.165(4) 
.Pemalsuan maklumat/dokumen oleh Pengarah – S. 364(2) 
.Pengarah TIDAK mengisytiharkan kepentingannya – S.131(1) 
.Pengarah bankrap tetapi masih aktif bertugas – S. 125(1) 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZ0pUBW6xHEEnIiLhlIISS82ng2UnFkM77tYrlM1gPgYPR7LP24aX-JkqJ3ivYcVjlzCO1D6Ej0Md57LT8usYwICQaoc2Yeslfv80gIhB84wDefpOxiTB2cU4woi-nn18Or4inCgL4lbQ/s320/ssm7.jpg


APAKAH MyCoID? APAKAH MyCoID? 
Nombor Identiti Korporat Malaysia atau nama ringkas MyCoID merujuk kepada nombor 
pemerbadanan syarikat yang digunakan sebagai satu nombor rujukan tunggal untuk pelbagai 
urusan pendaftaran dan transaksi dengan agensi Kerajaan yang berkenaan. 


Dengan adanya MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakn satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan 
pendaftaran,rujukan dan transaksi dengan agensi berikut: 

•Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); 
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); 
• Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB); 
• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan 
• Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia). 

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan 
secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi. 


SSM E-SERVICES

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGNy3qYptja9KxgDFzgoBtZFsFEo6_njS01LEyB8DD9rNvf53_JQEthjJV5CaXvBASE5khUQ-3Gb0MBiAnjqDcVP5cMiUCwOK9dnNeGq51ymkmM2QkMzLyzueW-NY2iKyZTv9XpH2Qniw/s400/ssm8.jpg


PERKHIDMATAN E-LODGEMENT

-Pendaftaran Perniagaan dan Syarikat boleh dibuat melalui internet. 
-Perkhidmatan boleh diakses 24 x 7 (24 jam setiap hari). 
-Pembayaran dengan kad kredit, akaun pra-bayar adalah diterima. 
-Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SSM di www.ssm.com.my atau www.malaysia.gov.my 
atau hubungi: Tel : 03-22995500(Hotline). 

PERKHIDMATAN E-INFO


Perkhidmatan bagi orang ramai yang ingin 

mendapatkan maklumat berikut: 


Profail SYARIKAT (nombor syarikat, nombor 

pendaftaran syarikat, ‘check digit’, nama lama 
dan tarikh perubahan nama, status,
ringkasan penyata kewangan, nama 

pengarah dll). 

Maklumat PERNIAGAAN (nama perniagaan, 

nombor pendaftaran dan ‘check digit’, jenis 
milikan – milikan tunggal / perkongsian,
alamat perniagaan, tarikh mula berniaga, 

tarikh tamat pendaftaran dll).

SSM E-INFO MOBILE 
.
SMS – membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkenaan status syarikat, nama dan nombor pendaftaran melalui telefon bimbit dengan menghantar SMS ke 32202. 
.
WAP – perkhidmatan maklumat secara online dengan menggunakan telefon bimbit. Maklumat yang dibeli akan dihantar melalui SMS dan pada masa yang sama akan dihantar melalui e-mail pembeli dalam format PDF. 

SSM E-INFO GADAIAN 
• Bekalan maklumat gadaian syarikat secara online seperti: 
• Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, nombor gadaian, nama pemegang gadaian, Status gadaian, alamat pemegang gadaian, keterangan mengenai hartanah, tarikh sijil gadaian, jumlah pinjaman dan tarikh gadaian. 

SSM e-INFO CID 
• Membolehkan orang ramai untuk mendapatkan data maklumat korporat bagi syarikat/perniagaan secara pukal. 
• Maklumat akan diberi di dalam bentuk XML secara automatik. 

Sumber : Suruhanjaya Syarikat Malaysia 
               http://www.ssm.com.my 


1 comment:

  1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete