MOHD HAZRUL BIN HASHIM

No 21 Taman Seriab 01000 Kangar Perlis
Tel : 017-5070667 / 017-4427599 Emel : hazrul87@gmail.com

Thursday, December 17, 2015

Pendaftaran Lesen Kewangan (MOF/ePerolehan)


Pendaftaran Lesen Kewangan (MOF/ePerolehan)
Sistem ePerolehan ePerolehan adalah sistem perolehan yang menggunakan persekitaran atas talian yang selamat untuk membolehkan Agensi Kerajaan dan pembekal membuat perolehan secara cekap dan telus. Sistem ePerolehan merangkumi kesemua jenis perolehan Kerajaan.

Modul-modul ePerolehan adalah seperti berikut:
1. Pendaftaran Pembekal
2. Kontrak Pusat
3. Kontrak Kementerian
4. Pembelian Terus
5. Sebutharga
6. Tender
7. eBidding

Senarai Kod Bidang
·         Hanya maksimum 30 bidang sahaja yang dibenarkan bagi pendaftaran lesen kewangan.
·         Senarai Kod Bidang Pembekal [Muat Turun]
·         Senarai Kod Bidang Perunding [Muat Turun]
·         Senarai Kod Bidang Yang Boleh Dibuat dari rumah [Muat Turun]
·         Syarat Bidang Khas
·         Semua Bidang Khas akan dilawat.
·         Syarikat hendaklah mengemukakan penyata caruman KWSP dan peta menuju ke premis.
·         Bagi bidang khas ini syarikat tidak dibenarkan beroperasi di rumah kediaman.
·         Dokumen sokongan diperlukan sama seperti permohonan baru atau tambah bidang.

Berikut adalah syarat dan dokumen sokongan lain yang diperlukan:
Bidang Percetakan – 221001 hingga 221013
Modal berbayar/terkumpul RM10,000.00.
Penguasaan syarikat 100% Bumiputera.
Lesen percetakan dari KDN.
Surat kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan bagi bidang 221009.
Pemilik Kapal – 221101
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Certificate Of Malaysian Registry.
Broker Perkapalan – 221102
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Surat Perlantikan daripada Syarikat Perkapalan.
Agen Perkapalan – 221103
Modal berbayar/terkumpul RM50,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam.
Pengangkutan Lori – 221104
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Geran dan Permit Lori.
Memiliki lori sendiri.
Agen Penghantaran – 221105
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam.
Pembungkusan – 221106
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Mempunyai stor/warehouse.
Syarikat Insurans – 221201
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Lesen daripada Bank Negara Malaysia.
Broker Insurans – 221202
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Lesen daripada Bank Negara Malaysia.
Stevedor – 221604
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Senarai pekerja.
Telly Clerk – 221605
Modal berbayar/terkumpul RM30,000.00.
Penguasaan syarikat sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
Mempunyai Telly Clerk yang berpengalaman.
Agen Pengembaraan – 221107
Modal berbayar/terkumpul RM100,000.00.
Penguasaan syarikat 100% Bumiputera.
Lesen daripada Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia (TDC).
Bengkel – 220116 hingga 220123
Modal berbayar/terkumpul RM10,000.00.
Polisi insuran perlindungan kenderaan pelanggan.
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Limbungan – 220107
Modal berbayar/terkumpul RM 10,000.00.
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Polisi Insuran Perlindungan Bot/Kapal pelanggan.
Pembuat Bot/Kapal – 190299 (P)
Modal berbayar/terkumpul RM 10,000.00.
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Polisi Insuran Perlindungan Bot/Kapal pelanggan.
Mempunyai Limbungan Milik Sendiri.
Mempunyai Shipway/Launch-way.
Mempunyai peralatan:-
Lathe Machine, Welding Machine, Grinding Machine, Shaping Machine, Drilling Machine, Cutting Machine, Bending Machine.
Bilik Hawa Dingin (untuk buat GRP).
Syarikat juga mestilah mempunyai kakitangan yang berkelayakan:-
Marine Engineer.
Pekerja mahir/berpengalaman dalam bidang berkenaan.
Welding Specialist (with bot alluminium).

Daftar Baru MOF / Pembaharuan

Dokumen sokongan yang perlu di sediakan

ROC – SENDIRIAN BERHAD / BERHAD

·         Borang pengisytiharan kementerian kewangan yang sudah ditandatangani [muat turun]
·         Borang 9 dan Memorandum and article association (MAA)
·         Borang 13 – Pertukaran nama syarikat (jika berkenaan yang disahkan oleh SSM/Setiausaha Syarikat)
·         Borang 24 – Pemilik Saham (yang disahkan oleh SSM/Setiausaha Syarikat).
·         Borang 49 – Lembaga Pengarah (yang disahkan oleh SMM/Setiausaha Syarikat).
·         Borang 32A (jika berkenaan) – Pindah Milik Saham. (yang disahkan oleh SSM/Setiausaha Syarikat)
·         Form Of Annual Return (jika syarikat yang melebihi 1 tahun yang disahkan oleh SSM/Setiausaha Syarikat)
·         Borang 44 – (yang disahkan oleh SSM/Setiausaha Syarikat)
·         Resolusi Lembaga Pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat (yang disahkan oleh SSM/Setiausaha Syarikat)
·         Penyata Bank.
·         Borang pengesahan akaun bank yang telah disahkan oleh pihak bank [muat turun]
·         Kad pengenalan / passport semua pemilik & Pengarah syarikat.
·         Perjanjian Sewa yang disetemkan beserta 3 bulan resit rasmi atau dokumen hak milik premis/pejabat/kediaman/geran tanah.
·         Salinan Lesen Kewangan (jika berkenaan – pembaharuan shj)
·         Surat Akuan Sumpah [muat turun]

ROB – PERSENDIRIAN / PERKONGSIAN

·         Borang pengisytiharan kementerian kewangan yang sudah ditandatangani [muat turun]
·         Borang D, Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Terkini (Bidang-bidang yang dipohon mesti berdaftar jenis perniagaannya di SSM)
·         Borang pengesahan akaun bank yang telah disahkan oleh pihak bank [muat turun]
·         Penyata Bank.
·         Kad pengenalan / passport semua pemilik syarikat.
·         Perjanjian Sewa yang disetemkan beserta 3 bulan resit rasmi atau dokumen hak milik premis/pejabat/kediaman/geran tanah.
·         Salinan Lesen Kewangan
·         Surat Akuan Sumpah [muat turun]

ROS – KOPERASI/PERSATUAN/PERTUBUHAN

·         Borang pengisytiharan kementerian kewangan yang sudah ditandatangani [muat turun]
·         Borang pendaftaran Koperasi/Persatuan/Pertubuhan.
·         Undang-undang kecil Koperasi/Persatuan/Pertubuhan.
·         Minit mesyuarat agong terbaru Koperasi/Persatuan/Pertubuhan.
·         Penyata Bank atau resit deposit bank.
·         Borang pengesahan akaun bank yang telah disahkan oleh pihak bank [muat turun]
·         Kad pengenalan / passport semua pemilik syarikat.
·         Perjanjian Sewa yang disetemkan beserta 3 bulan resit rasmi atau dokumen hak milik premis/pejabat/kediaman/geran tanah.
·         Salinan Lesen Kewangan
·         Surat Akuan Sumpah [muat turun]

Senarai Dokumen tambahan untuk KOD BIDANG KOMPUTER : – (WAJIB)

1.     Penyata KWSP terkini & Resit bayaran untuk 3 bulan (pemilik sijil dan 1 staf)
2. Salinan Ijazah (Bsc Elektric/electronik dan Bsc Computer) yang di sahkan
3. Surat perlantikan sebagai dealer (jika ada).

Senarai Dokumen tambahan untuk KOD BIDANG PEMBUAT : – (WAJIB)
1. Modal Berbayar /Terkumpul RM10,000 / RM50,000 / RM100,000.
2. Surat perjanjian sewa premis/dokumen hak milik.
3. Lesen Pernigaan dari Pihak Berkuasa tempatan.
4. Penyata KWSP terkini & Resit bayaran.
5. Bukti pembelian mesin / peralatan termasuk invois / resit.

Terma Perkhidmatan / Terms of service : -

1. Bayaran penuh semasa penyerahan semua dokumen / Payment in full during complete documents submission.
2. Pengesahan Penandatangan cek / akan diberi setelah bayaran diterima.
3. Kod Bidang atau Tambahan Bidang adalah tertakluk kepada syarat asas* KementerianKewangan / Code field are subject to Ministry basic requirement.


* Tempoh sah pendaftaran baharu / pembaharuan adalah selama 3 tahun.

1 comment:

  1. Salam, maaf bertanya. Sekiranya modal berbayar RM2500. Berapakah nilai modal dibenarkan? Terima kasih.

    ReplyDelete