MOHD HAZRUL BIN HASHIM

No 21 Taman Seriab 01000 Kangar Perlis
Tel : 017-5070667 / 017-4427599 Emel : hazrul87@gmail.com

Friday, December 18, 2015

Belajar PHP: Pengenalan Pengaturcaraan

Pengaturcaraan merupakan sala satu daripada proses pembangunan sistem maklumat. Bagi syarikat yang mampu menyediakan pegawai system analyst biasanya akan melakukan kerja-kerja pengaturcaraan setelah system analyst selesai mereka bentuk aplikasi yang ingin dibangunkan.

Bentuk-Bentuk Pengaturcaraan

Pengaturcaraan boleh dibahagikan kepada beberapa 2 tujuan utama, pengaturcaraan aplikasi komputer (standalone) dan berasaskan web. Selain itu juga terdapat beberapa tujuan lain pengaturcaraan seperti pengaturcaraan untuk mesin, pengaturcaraan mikrocip (assembly language) dan pengaturcaraan PLC (ladder diagram).

Proses Pembangunan Sistem Aplikasi

Pembangunan sistem aplikasi secara ringkasnya akan melibatkan 6 proses kitaran samaada dilakukan dalam kedaan sedar (wujud dokumentasi dan sebagainya bagi setiap proses) mahupun tanpa disedari.
  1. Menyemak keperluan
  2. Merekabentuk Spesifikasi
  3. Mereka Bentuk Aplikasi
  4. Pengaturcaraan
  5. Perlaksanaan Sistem
  6. Operasi Sokongan
  7. Ukuran Pencapaian

Menyemak Keperluan

Dalam proses ini, keperluan pembangunan sistem akan dikenalpasti. Bermula daripada mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan sehinggalah bagaimana sistem komputer dapat mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keperluan terhadap sistem dikenalpasti, maka pengguna akan menentukan kaedah penyelesaian yang mana diperlukan bagi memenuhi keperluan menyelesaikan masalah.
Beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuklah:
  1. Bagaimana masalah dapat diselesaikan;
  2. Bagaimana sistem komputer dapat membantu dalam mengatasi masalah tersebut;
  3. Apa batasan dari segi proses kerja yang perlu diketahui;
  4. Apa batasan dari segi teknologi sistem komputer sedia ada;
  5. Siapa yang akan terlibat dalam penggunaan sistem komputer;
  6. Jangkaan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang penggunaan sistem komputer
  7. Pelaburan kewangan yang mampu ditanggung;
Faktor-faktor ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam e-Book yang akan diterbitkan nanti oleh Cerodib Creative Solution, nantikannya!.

Merekabentuk Spesifikasi

Setelah mengetahui keperluan yang perlu dalam menyelesaikan masalah-masalah ini, satu sistem spesifikasi akan dibentuk dalam memastikan rekabentuk yang akan dihasilkan nantiakan menyelesaikan masalah yang sedia ada.
Spesifikasi sistem ini berfungsi sebagai garis panduan kepada pembangunan aplikasi pada proses yang seterusnya bagi memastikan setiap modul-modul yang dibangunkan akan memenuhi keperluan pengguna sistem.
Hasil daripada peringkat ini adalah satu bentuk dokumen yang memberi tahu secara terperinciapa yang perlu dibangunkan untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti oleh pengguna.

Merekabentuk Aplikasi

Merekabentuk aplikasi adalah proses terakhir dalam penyediaan dokumen sebelum sesuatu pengaturcaraan dibuat. Perbezaan utama antara merekabentuk spesifikasi dan merekabentuk aplikasi boleh diibaratkn secara mudahnya dengan proses membuat rumah. Rekabentuk Spesifikasi akan menjawab persoalan asas seperti jenis rumah yang dibina, keluasan rumah yang diperlukan, ketinggian setiap tingkat, jumlah bilik, jumlah bilik air dan rekabentuk rumah yang diperlukan. Dari segi reka bentuk aplikasi pula, ia sama seperti yang dilakukan oleh jurutera ukur bahan dan arkitek yang membentuk spesifikasi kepada tukang rumah.
Pada peringkat ini, beberapa dokumen biasanya dihasilkan seperti plan pengkalandata,antaramuka sistem dan paling penting adalah proses kerja yang diperlukan.
Biasanya peringkat ini akan dilakukan oleh system analyst yang bertanggungjawab memastikan sistem yang akan terhasil mematuhi kehendak pelanggan.

Pengaturcaran

Proses pengaturcaaan boleh dipecahkan kepada dua proses kecil yang utama, iaitupengaturcaraan modul dan pengujian modul.
Pengaturcaraan modul adalah proses mengimplimentasi  rekabentuk aplikasi yang telah dibangunkan pada proses sebelum ini. Proses ini biasanya melibatkan pengaturcaraan sub modul sedikit demi sedikit sehinggalah membentuk satu modul yang sempurna.
Proses pengujian pula adalah proses yang memerlukan sub-modul yag dihasilkan dikompilasi untuk diuji penggunaannya. Bagi pengaturcaraan seperti C, C++ dan JAVA memerlukan sourcecode di compile terlebih dahulu sebelum diuji. Walaubagaimanapun, bagi sistem PHP,compilation ini tidak diperlukan kerana PHP adalah scripting language yang tidak perlu dicompile sebelum diguna pakai.
Oleh sebab itu, proses pengaturcaraan dan pengujian PHP biasanya akan dilakukan dalam bentuk kitaran yang lebih kerap. Satu kelebihan yang utama bagi pembangunan PHP adalah sub modul ini boleh direka dalam rekabentuk yang lebih kecil bagi memudahkan proses pengaturcaraan dan pengujian ini.
Bagi proses Perlaksanan Sistem, Sokongan serta Penilaian Pencapaian Sistem akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam posting-posting yang akan datang bagi memudahkan proses pengenalan pengaturcaran.

Kesimpulan

Kaedah di atas adalah kaedah terperinci secara separa formal bagaimana pembangunan sistem dilakukan dalam sarikat-syarikat besar. Untuk tujuan belajar PHP dengan mudah dan pantas, kami ingin memperkenalkan satu kaedah mudah, pantas dan berkesan untuk mempelajari bagaimana mengenal pasti masalah seterusnya membangunkan perisian berasaskan laman web dengan lebih cepat dan mudah.
Kaedah ini telah diguna pakai dalam pembangunan beberapa aplikasi secara online. Kaedah mudah, jimat dan berkesan ini membolehkan anda menghasilkan sistem ringkas dalam tempoh 1 hari hari sahaja (8 jam bekerja).

No comments:

Post a Comment