MOHD HAZRUL BIN HASHIM

No 21 Taman Seriab 01000 Kangar Perlis
Tel : 017-5070667 / 017-4427599 Emel : hazrul87@gmail.com

Thursday, December 17, 2015

Pengurusan Kewangan Perniagaan

Pengurusan Kewangan Perniagaan
Definasi Pengurusan

-Merancang
-Mengatur / Menyusun / Menyelaras
-Mengarah / Melaksana
-Melapor / Mengawal


Pengurusan Kewangan

Definasi Perakaunan

Perakaunan ialah SATU TEKNIK untuk MenCATAT, MengKELASkan dan MeRINGKASkan urusniaga yang bercorak kewangan, mengikut sistem tertentu dan kemudiannya mentafsirkan hasil-hasil dari fungsi di atas.


Mencatat @ Merekod
Segala urusniaga yang berlaku biasanya dicatitkan dalam dokumen-dokumen atau buku-buku tertentu seperti BUKU RESIT, IMBOIS, BIL, BUKU CEK dan lain-lain surat. Catatan dibuat mengikut tertib masa ( Tarikh )

Mengkelaskan
Catatan-Catitan asal urusniaga tadi bercampur-campur dan tidak tersusun mengikut jenis. Setelah sesuatu jangkamasa, catitan-catitan itu dipindahkan dan dikumpulkan ke dalam AKAUN atau LEJER masing-masing. Diantara jenis-jenis akaun itu ialah AKAUN HARTA, MODAL, TANGGUNGAN, PERBELANJAAN dan HASIL

Meringkaskan
Catitan yang telah dikumpulkan dalam AKAUN atau LEJER masing-masing itu dijumlahkan dqn dikira baki-bakinya. Baki-baki akaun ini disenaraikan dalam dua ruangan DEBIT dan KREDIT, di dalam TIMBANGAN DUGA. Timbangan Duga dibuat ungtuk mempastikan keseimbangan akaun-akaun sebelum dibuat PENYATA_PENYATA AKHIR


Mengapa Kita Menyimpan Akaun

Mentaksir keuntungan / Kerugian perniagaan kita

Mengetahui kekuatan perniagaan melalui kedudukan harta dan tanggungan

Mengetahui Jumlah Hutang kepada Pembekal

Mengetahui jumlah yang dihutang oleh pelanggan

Mengetahui kedudukan Jumlah Pinjaman/Pembiayaan

Mengetahui Jumlah kos atau perbelanjaan

Mempastikan keadaan ketunaian syarikat



Kumpulan Penyata Untung Rugi

1. Akaun Hasil


JUALAN

PENDAPATAN

SEWA DITERIMA

FAEDAH DITERIMA

DIVIDEN DITERIMA


2.Akaun Perbelanjaan

GAJI PEKERJA

UPAH

SEWA

SENGGARAAN

SUSUTNILAI

KERAIAN

IKLAN

DERMA

DLL


Kumpulan Kunci Kira-Kira


AKAUN HARTA 
–Harta Tetap

–Harta Semasa



AKAUN TANGGUNGAN
–Jangka Panjang

–Jangka Pendek ( Semasa )


AKAUN MODAL ( Ekuiti Pemilik ) 
1.AKAUN HARTA

Harta Tetap :

-TANAH & BANGUNAN

-ALAT PERKAKAS

PERABUT

-KELENGKAPAN PEJABAT


Harta Semasa :

-WANG TUNAI

-BAKI DI BANK

-STOK AKHIR

-AKAUN AKAN TERIMA ( Hutang Pelanggan )

-PRABAYAR

-DEPOSIT


2.AKAUN TANGUNGAN


JANGKA PENDEK ( Semasa )

-AKAUN BELUM BAYAR ( Pemiutang )

-OVERDERAF

-AKRUANJANGKA PANJANG

-PINJAMAN TETAP



HASIL

- Selalunya HASIL ini dimaksudkan sebagai HASIL BERSIH. Anda dikehendaki menghitung JUMLAH HASIL BERSIH untuk tempoh perakaunan perniagaan tersebut


KOS BARANG DIJUAL :

Stok Awal + Belian = Kos Barang Untuk Dijual - Stok Akhir = KOS BARANG DIJUAL


UNTUNG KASAR :

Untung Kasar adalah PERBEZAAN di antara HASIL BERSIH dengan KOS BARANG DIJUAL

Hasil Bersih - Kos Barang Dijual = UNTUNG KASAR


PERBELANJAAN Perbelanjaan ini adalah perbelanjaan yang terlibat di dalam penjualan dan pentadbiran. Segala perbelanjaan yang dicatitkan di dalam Penyata Untung Rugi tidak semuanya melibatkan Pembayaran Wang Tunai seperti SUSUTNILAI yang merupakan Perbelanjaan Bukan Tunai yang dikenakan kepada HARTA TETAP yang dimiliki.


SUSUTNILAI 

Susutnilai terjadi kerana ;-

–-Keusangan sebab adanya ciptaan-ciptaan baru

–Kehausan ( Kelanjutan Hayat ) mesin atau peralatan yang telah digunakan

–Kemerosotan fizikal atas sebab lama memilikinya


HARTA SEMASA

Harta perniagaan yang mudah berubah bentuk dan nilainya dalam jangkamasa yang terdekat ( pendek )

–Contoh ;

Wang Tunai ditangan

Wang di bank

Penghutang

Deposit

Stok

Pra Bayar


TANGGUNGAN JANGKAPANJANG

Hutang perniagaan kepada pihak lain yang boleh dijelaskan dalam jangkamasa lebih daripada satu tahun

–Contohnya ;-

Pinjaman Tetap


TANGGUNGAN SEMASA
Segala hutang perniagaan yang mesti dijelaskan dalam masa satu tahun

–Contohnya ;-

Pemiutang

Overderaf

Akruan


EKUITI / HAK MILIK

Sejumlah NILAI KEWANGAN ( Tunai / Harta ) yang menjadi hak mutlak pemilik perniagaan yang dibawa masuk ke dalam perniagaan. Ianya terdiri dari MODAL dan KEUNTUNGAN TERKUMPUL. Peningkatan hak milik juga boleh menunjukkan peningkatan di dalam NILAI PERNIAGAAN


PENYATA KUNCI KIRA-KIRA

MODAL + KEUNTUNGAN TERKUMPUL - AMBILAN = EKUITI / HAK MILIK

HARTA TETAP + MODAL PUSINGAN - TANGGUNGAN JANGKAPANJANG = JUMLAH HARTA BERSIH


HARTA SEMASA - TANGGUNGAN SEMASA




No comments:

Post a Comment