Apakah Penyata
Kewangan/Aliran Tunai Pendapatan/Cashflow
Penyata
Kewangan Sebagai Petunjuk Prestasi
Penyata Kewangan merupakan satu struktur
kewangan yang mengandungi Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata
Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota
Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah
entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah
Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang
boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan
(profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan
nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios).
Analisis
Seluruh Perniagaan Ladang
Analisis seluruh ladang memerlukan beberapa
maklumat penting untuk meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan.
Kebiasaannya analisis menggunakan ringkasan kewangan yang utama: penyata
pendapatan (penyata untung rugi), kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.
Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan
prestasi perniagaan sepanjang tahun tersebut. Daripada penyata ini, gambaran
tentang pulangan pelbagai sumber setelah ditolak semua perbelanjaan akan
diperolehi. Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk membandingkan
perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun. Penyata
aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan
kegunaan tunai sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai
diperlukan.
Analisis
Perbandingan
Dengan menggunakan kaedah ini, keputusan yang
diperolehi dibandingkan dengan suatu standard atau piawai yang telah
ditetapkkan. Salah satu contoh standard ialah objektif belanjawan semasa
merancang belanjawan.
Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak
mencapai matlamat yang ditentukan, ianya menunjukkan masalah sehingga
menjejaskan prestasi perniagaan tersebut. Piawaian lain yang boleh digunakan
ialah membandingkan pencapaian perniagaan dengan ladang-ladang lain yang hampir
sama dari segi jenis dan saiz.
Analisis
Arah Aliran
Bagi membolehkan analisis arah aliran, peladang
perlu merekodkan rekod kewangan perniagaan mereka untuk beberapa tahun.
Daripada analisis tersebut, peladang boleh mengenalpasti sama ada prestasi
ladangnya menaik atau menurun. Untuk prestasi yang menunjukkan aliran menurun,
kajian lebih terperinci perlu dilakukan.
Proses
membuat analisis dan Jenis analisis
Sepertimana melakukan penyelidikan, analisis
seluruh ladang dimulakan dengan mengenalpasti masalah, diikuti dengan
mendefinisikan masalah, dan mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.
Di antara analisis seluruh ladang yang boleh dibuat ialah analisis kewangan,
keberuntungan, saiz ladang, kecekapan dan bidang kuasa.
Analisis
Kewangan
Analisis kewangan tertumpu kepada kedudukan
modal perniagaan termasuk kemampubayaran, kecairan, dan perubahan nilai bersih
perniagaan tersebut. Di antara analisis kewangan yang kerap digunakan ialah
Nisbah Semasa, Nisbah modal operasi, Nisbah hutang-ekuiti, nisbah modal bersih,
dan nilai bersih.
Analisis
keberuntungan
Perniagaan yang mempunyai kemampubayaran dan
kecairan yang baik tidak semestinya merupakan sebuah perniagaan yang
menguntungkan. Keberuntungan boleh ditentukan dengan mengkaji rekod Penyata
Pendapatan (atau akaun untung rugi). Ukuran keberuntungan yang boleh dilakukan
ialah pendapatan ladang bersih, pulangan buruh, pulangan pengurusan, modal dan
ekuiti. Kritikan terhadap kaedah ini ialah ianya hanyalah ukuran pulangan
faktor dan bukannya pulangan sut. Sebagai contoh, kadar pulangan modal ialah
purata kadar pulangan semua modal yang dilaburkan dalam perniagaan dan bukannya
pulangan sut bagi ringgit terakhir yang dilaburkan.
Analisis
Saiz
Masalah pendapatan dan keberuntungan mungkin
wujud pada sesuatu musim disebabkan oleh cuaca yang buruk yang menjejaskan
hasil tanaman, serangan penyakit, atau harga yang rendah akibat dari
peningkatan pengeluaran barangan pengganti. Jika masalah ini berterusan pada
musim-musim apabila purata hasil dan harga adalah baik, masalah ini boleh
dikesan dengan mengkaji saiz ladang atau operasi ladang tidak cekap.
PENYATA
ALIRAN TUNAI
Penyata aliran tunai merupakan satu penyata yang
menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar kesetaraan tunai. Dengan melihat
penyata ini, kita mendapat maklumat mengenai factor-faktor yang menyebabkan
perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu
laporan kewangan. Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai,
iaitu:
a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian –
merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan aktiviti lain, selain
dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan.
b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan –
Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang,
serta pelaburan lain.
c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan –
Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz
dan komposisi modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.
Polisi
perakaunan dan nota penjelasan (explanatory notes)
Nota penyata kewangan perusahaan perlu:
a) Membentangkan maklumat mengenai asas
penyediaan penyata kewangan dan dasar perakaunan tertentu yang dipilih dan
digunakan untuk urus niaga dan butiran penting.
b) Mendedahkan maklumat yang dikehendaki oleh
piawaian perakaunan yang tidak dibentangkan di mana-mana tempat dalam penyata
kewangan.
c) Menyediakan maklumat tambahan yang tidak
dibentangkan pada muka penyata kewangan, tetapi ia perlu bagi pembentangan yang
saksama.
Borang
Penyata Aliran Tunai
Jadual menunjukkan contoh belanjawan aliran
tunai. Semua aliran masuk tunai yang diunjurkan daripada kedua-dua punca, iaitu
lading dan bukan lading dicatatkan pada 13barisan yang pertama. Oleh sebab
pendapatan dan perbelanjaan bukan lading juga mempengaruhi kedudukan tunai
sesuatu perniagaan berbentuk lading, butiran tersebut harus dimasukkan dalam
Penyata Aliran Tunai. Setiap jenis pendapatan yang dijangkakan harus
dijumlahkan untuk tahun berkenaan dan diisi pada ruangan jumlah yang terdapat
pada boring tersebut, dan jumlah ini kemudiannya dibuat mengikut bulan bila
pendapatan tersebut diterima.
Sekiranya jumlah aliran masuk tunai untuk bulan
tersebut adalah lebih besar daripada jumlah aliran keluar tunai, jumlah ini
boleh digunakan untuk membayar sebahagian atau semua hutang jangka pendek yang
baru dibuat pada awal tahun. Baki tunai akhir untuk bulan tersebut dimasukkan
sebagai baki tunai awal untuk bulan berikutnya. Proses ini berulang
No comments:
Post a Comment