MOHD HAZRUL BIN HASHIM

No 21 Taman Seriab 01000 Kangar Perlis
Tel : 017-5070667 / 017-4427599 Emel : hazrul87@gmail.com

Thursday, December 17, 2015

Contoh SURAT PERJANJIAN SEWA PREMIS

SURAT PERJANJIAN SEWA PREMIS

               SURAT PERJANJIAN ini diperbuat pada 21 JANUARI 2015 di antara pihak-pihak
berikut :-
1)      GAN CHIN SEONG (No K/P : 780714-09-5073) yang beralamat di No 14 Taman Kangar 01000 Kangar perlis.(selepas ini disebut sebagai PIHAK PERTAMA),dan
2)      NAZARI BIN IBNI (No K/P : 670201-09-5089 ) yang beralamat di No 31,Kg Kurung Tengar 02000 Kuala Perlis,Perlis.(selepas ini disebut sebagai PIHAK KEDUA)

         Bahawanya PIHAK PERTAMA adalah pemilik berdaftar  ke atas bangunan yang beralamat di 102,Tingkat 1,Persiaran Jubli Emas,1000 Kangar,Perlis (selepas ini disebut sebagai PREMIS DEMIS) bersetuju menyewakan lot tersebut kepada PIHAK KEDUA seperti syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:-

a)      Penyewaan ini adalah bagi tempoh Enam (6) Tahun mulai 1 JANUARI 2015 sehingga 28 FEBRUARI 2020 dengan kadar sewaan bulanan sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS LIMA PULUH (RM550.00) Sahaja sebulan (selepas ini disebut sebagai  “Sewa Tersebut”.Setelah tamat sewaan sebelum selama (6) Tahun yang berikutnya.
b)      Akan membayar sewaan bulanan pada atau sebelum 7 haribulan pada setiap bulan.
c)       Akan menggunakan semua PREMIS DEMIS sebagai rumah sewaan sahaja.
d)      Tidak akan menyerahkan,menyewakan pula atau melepaskan milik semua PREMIS DEMIS itu atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan bertulis PIHAK PERTAMA terlebih dahulu dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tidak munasabahnya.
e)      Tidak akan membuat apa-apa perubahan,tambahan atau pertukaran bentuk dengan apa cara sekalipun kepada semua PREMIS DEMIS atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan bertulis PIHAK PERTAMA dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tidak munasabahnya, dan sekiranya PIHAK PERTAMA bersutuju membenarkan PIHAK KEDUA membuat perubahan,penambahan atau pertukaran bentuk itu atas perbelanjaaan sendiri, dan apabila tamat tempoh penyewaan ini atau mana-mana tempoh lanjutan penyewaan, PIHAK KEDUA hendaklah mengenbalikan PREMIS DEMIS ke keadaan asalnya sekiranya diminta oleh PIHAK PERTAMA dan atau segala perubahan,penambahan atau pertukaran bentuk atas PREMIS DEMIS tersebut menjadi hak mutlak PIHAK PERTAMA



  
  Sekianlah surat perjanjian ini diperbuat dan kami kedua-dua belah pihak bersetuju menurunkan tandatangan masing-masing di hadapan saksi.

Ditandatangani  oleh:

PIHAK PERTAMA                                                               :    ………………………………………….
                                                                                                  (GAN CHIN SEONG)
                                                                                                  No K/P : 780714-09-5073


PIHAK KEDUA                                                                    :    …………………………………………
                                                                                                            (NAZARI BIN IBNI)
                                                                                                            No K/P: 670201-09-5089


SAKSI                                                                                            :   ……………………………………….
                                                                                                            (MOHD HAZRUL BIN HASHIM)
                                                                                                            No K/P: 870228-09-5069


12 comments:

  1. SALAM..ADA TAK CONTOH SURAT RAYUAN PERTINDIHAN KOD BIDANG..TAK ADA IDEA NAK TULIS :)

    ReplyDelete
  2. kalau kita buat sendiri agreement sewa ini, loyer perlukan x?

    ReplyDelete
  3. TIDAK PERLU LOYER
    SETELAH SIAP DITANDATANGANI OLEH KEDUA-DUA PIHAK BAWA KE PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI UNTUK DISETEM.
    TULISKAN TARIKH PADA HARI HENDAK SETEM DOKUMEN.
    PENYEWAAN TIDAK BOLEH LEBIH DARIPADA 3 TAHUN. LEPAS TAMAT TEMPOH BOLEH SAMBUNG. LEBIH DARIPADA 3 TAHUN AKAN DIKIRA PAJAKAN MENGIKUT AKTA SETEM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tanya. Tarikh tu tarikh tandatangan kedua2 pihak ker?

      Delete
    2. Klu sewa ats sewa kena duti setem jgk ke?

      Delete
  4. Tuan, saya nk tanya kalau premis perniagaan yg kita bagi sewa tiada surat perjanjian dan saya nak tamatkan sewaan kedai sebab dah tak nak buat kedai sewa. Perlu bagi notis kepada penyewa? Atau sekadar verbal.

    ReplyDelete
  5. kalau nk buat surat perjanjian sewa lesen mcm mana pulak ye? boleh bg pencerahan?

    ReplyDelete
  6. Salam.. Sy nk mtk pendapat. Family sy sewa tanah rizab kerajaan Dan mendirikan premis restorans Di atas tanah trsebut hampir 30tahun.2thn lepas ibu sy jatuh sakit(strok).sy trpaksa beri sewa premis trsebut krn menjaga ibu sy yg sakit trlantar. Sy ad buat prjanjian dgn penyewa slama 3thn.2bln lepas. Majlis bandaraya telah memberi notis menamatkan sewaan tanah trsebut kpd sy Dan diminta kosongkn tanah trsebut dlm tempoh 3hari krn ad penyewa baru. Sy telah ke mbkt utk buat rayuan utk teruskn sewaan Dan tunjuk sebab kenapa sy mberi sewa premis milik family sy yg didirikan Di atas tanah milk mbkt. Sapa hari ini. Sy tidak menerima apa2 jwpan @pampasan Dr mbkt. Sedangkan premis sy digunakan oleh penyewa baru iaitu penyewa yg menyewa dgn sy sblum ini sprti biase Sedangkan sy tidak menerima apa2 bayaran Dr penyewa trsebut hampir 3 bln. Ape perlu sy buat utk menyelesaikan masalah ini??

    ReplyDelete
  7. Salam, maaf tanye, PREMIS DEMIS itu apa? kalo saya tiru ni.. mmg kena tulis PREMIS DEMIS ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak silap bermaksud 'memperuntukkan sewa sebahagian ruang Bangunan yang ingin disewakan'

      Delete
  8. Mohon bantuan surat perjanjian sewa kedai

    ReplyDelete