Tajuk bagaimana mendapat kontrak kerajaan memang
menarik. Ia begitu sinonim dengan orang politik kerana mereka kelompok terbesar
yang sering bergelumang dengan bisnes ini. Apabila menyebut kontrak kerajaan,
ramai yang agak pesimis dan merasakan mereka bukanlah orang yang sesuai untuk
menceburinya kerana ada beberapa perkara yang sering bermain difikiran mereka,
antaranya ; mereka tidak kenal orang politik yang boleh menjadi 'kabel utama'
dalam bisnes ini, perlu mempunyai modal ratusan ribu ringgit, pelbagai karenah
birokrasi, proses pembayaran yang sangat lewat dan sebagainya.
Saya pun masih baru dengan tajuk ini. Memang ada
juga menyimpan hasrat pada masa akan datang untuk memperolehi kontrak
pembekalan sepertimana yang pernah dilalui oleh taikun besar Syed Mokhtar yang
menjadi jutawan melalui perolehan kontrak pembekalan kerajaan. Saya pun seperti
insan lain, yang sebelum ini menyimpan persepsi negatif tentang kontrak
kerajaan. Namun apabila saya mula meluaskan pembacaan saya dapati ia tidak
seteruk itu. Jika anda ingin tahu, terdapat ruang yang sangat LUAS kerana
status kita sebagai bumiputera MELAYU ( bukan UMNO yaa ) dalam bisnes kontrak
kerajaan berbanding yang bukan melayu. Hanya kerana orang melayu malas membaca
dan mengkaji, menyebabkan peluang ini sangat menjadi rebutan oleh bangsa bukan
melayu, walaupun terhad, dan mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi.
Lebih memburukkan keadaan, sikap suka menongkat mahu senang menyebabkan orang
melayu lebih suka menggadaikan segala permit-permit yang mereka miliki kepada
bangsa lain sehingga menyebabkan wujud saudagar Ali Baba dengan banyaknya.
Apa maksud perolehan kerajaan?
Secara mudahnya Perolehan Kerajaan adalah bermaksud urusniaga pembelian oleh pihak kerajaan, Ini termasuklah anda membekalkan produk atau perkhidmatan kepad pihak kerajaan dimana kita adalah penjual dan pihak kerajaan adalah pihak yang membeli dari anda. Kontrak kerajaan juga dipanggil perolehan kerajaan, ia dilakukan secara pembelian terus, kontrak pusat, sebut harga, tender dan beberapa cara lain.
Apa maksud perolehan kerajaan?
Secara mudahnya Perolehan Kerajaan adalah bermaksud urusniaga pembelian oleh pihak kerajaan, Ini termasuklah anda membekalkan produk atau perkhidmatan kepad pihak kerajaan dimana kita adalah penjual dan pihak kerajaan adalah pihak yang membeli dari anda. Kontrak kerajaan juga dipanggil perolehan kerajaan, ia dilakukan secara pembelian terus, kontrak pusat, sebut harga, tender dan beberapa cara lain.
Berita baiknya adalah kita boleh
menjual hampir apa sahaja kepada pihak kerajaan. Baik dari segi barangan
ataupun perkhidmatan. Ramai diluar sana yang salah anggap apabila menjangkakan
bisnes kerajaan ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat atau organisasi besar
walhal ianya boleh dilakukan juga oleh syarikat kecil perniagaan perseorangan.
Yang menariknya anda tidak perlukan premis atau pejabat sebaliknya kita boleh
bermula dan beroperasi dari rumah sahaja. .
Kita perlu faham bahawa berurusniaga dengan kerajaan adalah satu perniagaan jangka panjang dimana jika anda memberikan perkhidmatan terbaik, kita mungkin akan diberi peluang lagi untuk berurusniaga dengan kerajaan. Anda boleh menjadi kontraktor pembekal dengan menawarkan bekalan seperti alatan pejabat, catering dan lain-lain atau memberikan perkhidmatan seperti membuat laman web, percetakan dan sebagainya. Anda juga boleh menjual alat tulis dan kelengkapan pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata, alatan muzik, makanan dan minuman, ubat-ubatan dan alatan hospital hingga ke kenderaan dan jentera berat. Perniagaan servis dan perkhidmatan, penyewaan, pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik pulih barangan, dobi, pembinaan mahupun penulisan dan pelbagai lagi. Walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri anda masih boleh berniaga dengan kerajaan dengan hanya perlu beli dari pembekal kemudian jual kepada kerajaan dan jana untung atas angin. Dengan menyertai kontrak kerajaan adalah amat mudah untuk membuat keuntungan dengan margin keuntungan sehingga 25% mengikut bekalan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi kontraktor bumiputera pula ada keistimewaan berbanding kontraktor bukan berstatus bumiputera. Perolehan kerajaan akan dikeluarkan oleh agensi dan jabatan kerajaan yang memerlukan bekalan atau perkhidmatan dari kontraktor yang berkelayakan. Terdapat beberapa kelayakan yang perlu dilengkapkan sebelum kita dapat menyertai perolehan kerajaan seperti berdaftar dengan SSM, mempunyai sijil Kementerian Kewangan, mendaftar dengan e-perolehan dan lain-lain mengikut keperluan.
Usaha yang tidak seberapa ini saya mulakan dengan langkah
mencari bahan-bahan bacaan di internet memandangkan kurang berkesempatan
berborak dikedai kopi bagi mereka yang ramai kenalan. Baru-baru ini saya memuat
turun satu e-book percuma tentang rahsia bagaimana memperolehi kontrak kerajaan
dari Khairul Nizam Bakar, yang mempunyai kepakaran dan pengalaman selama lebih
10 tahun dalam menyediakan spesifikasi, mengeluarkan, menerima dan menilai
beratus-ratus pembelian terus, sebut harga dan tender kerajaan. Saya berhasrat
untuk mengongsikan dengan pembaca namun oleh kerana ia mempunyai 30 mukasurat,
saya akan mengongsinya secara berperingkat bagi setiap artikel dalam sebulan.
Semoga dengan perkongsian ini kita bersama-sama mendapat manfaat InsyaAllah....
SIRI 1 : SOALAN - SOALAN
UMUM
1. Apakah prinsip-prinsip
perolehan kerajaan?
Prinsip-prinsip perolehan
kerajaan adalah seperti berikut:
(a) Akauntabiliti awam
(public accountability)
(b) Diuruskan secara
telus (transparent)
(c) Nilai faedah yang
terbaik (best value for money)
(d) Saingan terbuka (open
competition)
(e) Adil dan saksama
(fair dealing)
2. Apakah kaedah-kaedah
perolehan kerajaan?
(a) Perolehan melalui
panjar wang runcit
(b) Perolehan melalui
Kontrak Pusat /Kontrak Panel
(c) Pembelian terus
(d) Perolehan melalui
sebut harga
(e) Perolehan melalui
tender (terbuka/terhad)
3. Apakah had nilai
perolehan melalui panjar wang runcit dan syaratnya?
Had nilai perolehan
melalui panjar wang runcit adalah tidak melebihi RM500.00 bagi satu resit
pembelian. Perolehan melalui panjar wang runcit adalah untuk kegunaan segera.
Tiada dokumen pembelian diperlukan (memadai dengan resit sahaja).
4. Bagaimanakah maklumat
mengenai perolehan Kerajaan boleh diperolehi?
Maklumat tawaran
perolehan Kerajaan secara tender boleh diperolehi melalui akhbar utama
tempatan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat tawaran secara sebut harga atau
pembelian terus, syarikat boleh berhubung terus dengan Agensi Kerajaan
berkenaan atau melihat papan kenyataan/laman web Agensi tersebut. Maklumat juga
boleh diperoleh daripada laman web MyGovernment Portal dan MyPROCUREMENT
portal.
5. Bagaimanakah sesuatu
syarikat/kontraktor layak dan boleh menyertai tender/sebut harga yang
ditawarkan oleh agensi Kerajaan?
Syarikat perlu berdaftar
dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkannya menyertai tender/sebut harga
untuk membekalkan perkhidmatan/barangan di bawah bidang kod yang berkenaan.
Bagi syarikat yang ingin menyertai tender/sebut harga yang melibatkan projek
kerja, syarikat hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) /
Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri
Sabah (PUKONSA) / Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kepala/kelas/gred
yang berkaitan.
6. Apakah undang-undang
dan peraturan kewangan berkaitan perolehan Kerajaan?
Undang-undang dan
peraturan berkaitan dengan perolehan Kerajaan termasuklah:
(a) Akta Acara Kewangan
1957 (Disemak 1972)
(b) Akta Kontrak Kerajaan
1949 (Akta 120)
(c) Arahan Perbendaharaan
(d) Surat-surat
Pekeliling Perbendaharaan
(e) Pekeliling-pekeliling
Kontrak Perbendaharaan
(f) Surat-surat Arahan
Perbendaharaan
7. Apakah dasar-dasar
perolehan kerajaan?
(a) Menggalakkan
pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/barangan tempatan dan
penggunaan sektor perkhidmatan tempatan.
(b) Mempertingkatkan
keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi.
(c) Menggalakan
penglibatan usahawan Bumiputera, dan
(d) Memelihara dan
mempertahankan kepentingan dasar perolehan kerajaan bagi mencapai objektif
nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
8. Apakah Arahan-arahan
Perbendaharaan berkaitan perolehan Kerajaan?
Arahan-arahan
Perbendaharaan berkaitan perolehan Kerajaan adalah Arahan Perbendaharaan (AP)
166 hingga 206 dan 229 hingga 300. Selain dari AP-AP tersebut,
Pekeliling-Pekeling Perbendaharaan (PP), Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan
(SPP) dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) yang dikeluarkan dari semasa
ke semasa juga hendaklah dirujuk.
9. Jika Arahan
Perbendaharaan, SPP atau PKP tidak dapat dipatuhi oleh kerana sebab-sebab
tertentu, apakah tindakan yang perlu diambil?
Semua agensi hendaklah
mematuhi peraturan kewangan berkaitan perolehan. Sekiranya agensi tidak dapat
berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu, agensi hendaklah mendapatkan
pengecualian daripada Kementerian Kewangan (perolehan Persekutuan) atau Pegawai
Kewangan Negeri (perolehan Negeri) terlebih dahulu.
10. Bagaimanakah
Pekeliling, Surat Pekeliling dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan boleh
diperolehi?
Bagaimanakah Pekeliling,
Surat Pekeliling dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan boleh diperolehi? Semua
Pekeliling, Surat Pekeliling, Pekeliling Kontrak Perbendaharaan dan Surat
Arahan Perbendaharaan boleh diperolehi melalui laman web Perbendaharaan di
alamat www.treasury.gov.my.
11. Apakah peraturan
kewangan mengenai pelawaan kontraktor Kelas F bagi kerja-kerja di bawah
RM200,000?
Semua kerja di bawah
RM200,000 hendaklah dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera Kelas F yang
berdaftar dengan PKK dalam Kepala dan Sub Kepala yang berkaitan sahaja.
Pendaftaran kontraktor kelas F adalah dilakukan mengikut daerah dan oleh itu
hanya kontraktor dalam daerah berkenaan sahaja boleh ditawarkan kerja di bawah
RM200,000.
12. Apakah maksud setiap
jenis item?
Setiap jenis item merujuk
kepada pembelian terus bekalan dan perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun dari
mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekalan berdaftar atau tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan sama ada pembekal bertaraf Bumiputera
atau tidak. Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada
contoh-contoh berikut:
(a) pelbagai alat ganti
yang berbeza bagi kenderaan yang sama adalah ditafsirkan sebagai jenis item yang
berbeza disebabkan fungsi itemnya yang berbeza. Walau bagaimanapun, alat ganti
gunasama atau proprietary item dikira daripada jenis item yang sama walaupun
digunakan pada kenderaan yang berlainan;
(b) item pelbagai saiz
hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item sahaja walaupun terdiri daripada
saiz yang berlainan kerana ia diperolehi daripada punca bekalan yang sama.
Contohnya, pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 ½ inci), cermin, kasut
dan bendera; dan
(c) set sofa model ABC
adalah merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3
tempat duduk) yang mana terdiri daripada beberapa kerusi dan meja, ditafsirkan
kepada satu jenis item. Namun, jika pembelian perabot tersebut terdiri daripada
kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa dikira sebagai
jenis item yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli
daripada pembekal yang sama, agensi hendaklah memastikan kaedah pembelian
hendaklah ditentukan berdasarkan nilai keseluruhan.
13. Berapa lamakah
dokumen tender/sebut harga perlu disimpan?
Arkib Negara Malaysia
(ANM) telah mengeluarkan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan
(JPRKP). Buku tersebut boleh dibeli atau diperoleh daripada laman web ANM.
Mengikut muka surat 52 dan 53 JPRKP surat-menyurat mengenai perolehan bekalan,
perkhidmatan dan kerja termasuk iklan, dokumen tender, jadual tender dan
laporan tender/sebut harga boleh dilupuskan setelah tindakan telah selesai dan
rekod dimusnahkan selepas tempoh simpanan 7 tahun setelah mendapat kelulusan
ANM.
Banyak nak kena belajar ni
ReplyDelete