Berikut merupakan 7 Langkah Asas sebelum memulakan pelajaran asas PHP.
Perkara-perkara berikut perlu untuk memastikan anda berada pada tahap selesa untuk memulakan pelajaran PHP dengan mudah.
1. KEMUDAHAN ASAS
Menyediakan kemudahan asas, KOMPUTER PERIBADI / NOTEBOOK (pada waktu ini, tablet masih belum boleh digunakan)
2. SAMBUNGAN INTERNET
Kemudahan sambungan Internet. Ya, kemudahan ini tidak penting, tetapi amat perlu sebelum dan semasa sesi pembelajaran nak dilakukan.
3. WEB SERVER
Web server: Bagi pengguna windows, sila dapatkan aplikasi XAMPP untuk mengubah Komputer anda daripada sebuah klient kepada server. Pemasangan ini akan melibatkan pemasangan PHP, MySQL dan PhpMyAdmin untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan nanti.
4. SQL STATEMENT BUILDER
SQL Speed. Dapatkan software ini secara percuma di internet untuk memudahkan urusan pembinaan SQL statement nanti.
5. INTERFACE DEVELOPMENT ENVIRONMENT (IDE)
PHP IDE: Banyak terdapat dalam pasaran berkenaan PHP IDE antaranya seperti CodeCharge, PHP Report dan sebagainya. Namun, semua ini akan menyebabkan anda tersepit dipertengahan jalan sekiranya sistem tidak menyediakan fungsi seperti yang diinginkan. Oleh itu, saya cadangkan kita guna NetBeans untuk memudahkan urusan pengaturcaraan kita nanti. Juga boleh di download dengan mudah di internet.
6. FRAMEWORK
Framework: Sebagai orang baru dalam pengaturcaraan, lebih mudah sekiranya anda mulakan pengaturcaraan ini dengan menggunakan framework. Kami cadangkan framework Codeignitersebagai asas kepada proses pengaturcaraan ini. Anda boleh dapatkan Framework ini di www.codeigniter.com
7. BROWSER
Mendapatkan browser yang mesra programmer. Kami mencadangkan Chrome sebagai browser anda. Jangan lupa download Chrome 3.0 di http://chrome.google.com
No comments:
Post a Comment